Tuesday, August 25, 2015

Abe

Abe,
hadirnya kau buat seketika,
memberi cahaya yang hanya segelintir,
di institusi yang pernah jahil ini.

Kehadiranmu membuka mata semua,
bukan hanya mata hati juga mata jiwa,
bahawa Islam itu indah dan ada damainya.

Kini,
dirimu di dunia luar penuh cabaran hidup,
moga dapat tempuhi dengan sebaiknya.
juga ikatan halalmu yang akan dilangsungkan,
moga mendapat barakah hingga ke jannahNya.

Maaf,
insan ini hanya berkata,

Moga terus berada di bawah lindunganNya,
dan menjadi insan yang cantik di mataNya.

Sekian,
zatyLiyaa