Saturday, February 11, 2017

Usrah Santai tour 6.0, Ipoh Perak

Assalamualaikum HAI pejam celik ini merupakan kali kedua aku travel sendirian semata untuk rapatkan ukhuwah bersama usrah santai muslimat. Perjalanan aku bermula sewaktu berada di politeknik dan kebetulan rezeki Allah bagi aku peluang beli tiket bas ke TBS (Terminal Bas Selatan) yang pada awalnya begitu agak payah nak ke sana dengan kehabisan tiketnya dengan takda pengangkutan nak kemana mana kerana waktu itu di sesetengah laluan mengalami banjir. Dan alhamdulillah Allah permudahkan semuanya pada saat akhir. Terima kasih Allah ^^

Pada Jumaat 28Feb17, waktu jam 10.30 am aku bertolak dengan selamatnya dari Terminal Bas Muadzam ke TBS dan tiba pada jam 3.++ petang dan waktu itu langit mulai mendung. Seperti yang dirancang aku menunggu kak teha (akak usrah) untuk menjemput aku di tbs. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dijadikan cerita kak teha bertolak dari jb bersama hazra lepas asar dan aku mereputz di surau tbs menunggu. Dan kebetulan kak durra ws minta aku ke stesen bandaraya untuk bertemu dia dengan menaiki lrt. Alhmdulillah aku pernah menaiki lrt dan aku beranikan diri bergerak solo ke sana walaupun pada waktu itu keadaan di tbs sesak dengan manusia kerana cuti perayaan Chinese New Year. Hampir maghrib Allah temukan aku dengan kak durra di dalam lrt dan kami turun di stesen sentul timur untuk balik ke rumah kak durra di gombak. Sementara menunggu kak teha tiba, kami bersiap diri, mandi solat makan ape semua. Dan borak borak dengan family kak durra. Too happening :)

Aku terlelap menunggu kak teha. sedar sedar dah subuh, dan ternyata kak teha dan hazra juga menginap di rumah kak durra. kami bangun siap solat mandi dan sarapan. seawal jam 8.30 pagi aku, kak teha, kak durra dan hazra bertolak ke ipoh, Perak untuk bersua dengan ahli muslimat yang lain. Dalam perjalanan kami singgah di r&r untuk gerak bersama kak z yang kebetulan juga dalam perjalanan ke sana. Dan aku terlelap berkali kali sebab banyak hadap jammed :')

Kami tiba di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh Perak dalam jam 12 tengahari. Kami parking betul betul berhadapan masjid dan singgah makan kejap kat medan selera depan masjid sebab lapar. HAHA lepas makan kami masuk ke dalam masjid dan bertemu ukhuwah bersama yang lain. perasaan waktu itu sangat bahagia sebab dapat jumpa mereka yang selama ini hanya bertaut hati dalam whatsapp. Alhamdulillah

Sesudah program talk "Pemuda High Class" bersama daisyed, kami solat dulu apa semua dan gerak ke gerai Popia s.s Ali yang ternyata popia basah dia sangat enak ! tak puas makan :') hehehe nampak tak lapar kat situ haha. kami gerak berempat sahaja kerana yang lain dah gerak dulu taktahu ke mana huhu. Hari sudah senja, kami pun gerak ke rumah sewa yang ditempah oleh kak afaf. di situ baru aku dapat teliti satu persatu mereka yang lain sebab kebanyakannya berpurdah dan berniqab. Alhamdulillah tiba di rumah sewa, tunggu turn mandi, solat. dan pada jam 9.30 pm kami adakan bacaan yassin buat arwah ayah ahli kami iaitu eymalemhisham yang baru sahaja meninggal innalillah. selesai bacaan yassin, kami adakan sesi taaruf sesama sendiri and it was fun sebab dapat tahu kisah sorang sorang kan dan kebetulan waktu tu ada kakyong. I love the way she talk, lembut je orangnya :) padan lah semua orang sayang kakyong hehe. usai sesi taaruf, ada yang makan ramen, ade yang nonton tv dan lastly tidur kikiki

Pada pagi esuknya, lepas subuh kami berempat mandi dan siap siap. ternyata kami orang yang agak terawal siap sebab rancang nak keluar awal gi sarap apa semua then balik, kebetulan kakwawa pun nak balik tiket bas dari amanjaya jam 10.30 am jadinya kami angkut kak wawa bersama hehehe. kami pergi sarap roti goyang yang tak berapa nak goyang kat medan selera depan masjid Sultan Idris Shah II, dan sesi photography bermula hehehe, kak teha sebagai photographer kami redha dengan segala jenis gaya yang digayakan kami hahaha. hampir jam 10 kami hantar kak wawa ke terminal bas amanjaya dan bertolak ke tasik cermin kerana yang lain sedang ke sana juga. Dan di Tasik Cermin, sesi photography banyak berlaku di situ haha dan kami bertolak pulang. 

Kak teha hantar kak durra di gombak, singgah solat di rumahnya dan bertolak hantar aku balik dalam jam 4 pm dan selamat sampai di kampung pada waktu maghrib. dan mereka terus bertolak balik jb.

It was so fun having some memories with them. Even though ada yang kali pertama jumpa, tapi it just like macam bukan kali petama, kekok kekok gitu, it just like macam dah pernah jumpa lama sebelum tu. sebab itu salah satu sebab I just like to having family relationship with them. Its not about usrah santai itu sendiri, Its more too ukhuwah, ukhuwah lillah in shaa Allah :) Moga dapat bersua dengan semua ahli usrah lepas ini in shaa Allah aamiin.

Here some photos with them. Have fun with this entry. Thank you Assalamualaikum

za tee