Sunday, April 9, 2017

Malam ini di saat mungkin semua manusia sedang lena dibuai mimpi mimpi indah, manakala aku di sebuah katil yang sayu ini hanya mampu merenung, mengelamun, mengingat segala memori, memandang wajah foto yang sering aku rindu. Ya aku sangat merindui insan yang bergelar ibu.

aku mulai taip nama cikgu Norhanita di laman facebook. entah kenapa hatiku tiba tiba terlintas seperti itu. aku scroll scroll ternyata ada terpaparnya gambar ibu sewaktu arwah masih sihat tubuh badan, sihat akal fikirannya, sihat dari segala macam hal. Tiba tiba aku merasakan air hangat jatuh dari mataku. Ya aku sangat merinduinya. mahu sahaja aku menjerit, mahu saja aku memeluk tubuh itu tapi aku sedar, aku tahu, lamunan itu hanya dalam mimpi sahaja.

Tuhan, aku rindu ibu.


LILLAHI, AKU RINDU SANGAT.


sangat tersentuh dengan komen cikgu shazly. Ibu banyak berkorban untuk kami sekeluarga




Akak sayang ibu sangat sangat, akak rindu sangat sangat. Dunia kejam, ibu. Dunia kejam. tunggu akak kat syurga ok ibu ? Akak menyusul nanti :')

your only daughter.