Saturday, February 26, 2022

Abang's Day 3/10/2021

 Sekian, sebenarnya banyak posting aku yang hanya dalam draft dan aku baru teringat untuk publishkannya. Again, satu lagi mahligai yang aku tunggu-tunggu selama 25 tahun aku bernafas, mahligai bahagia buat satu-satunya abang yang aku punya dalam dunia. Meski dia seorang yang memendam rasa, tapi akulah orang yang paling bahagia saat dia bersatu dengan pilihan hatinya, Nur Farahanim yang tak asing dalam hidup aku (ex-jiran rumah merangkap sahabat persekolahan)

Dulu aku pernah tertanya, siapakah gerangan yang bakal melengkapi hidup abang kerana aku tahu pahit jatuhnya dia berdikari sepanjang hidupnya. Kehilangan belaian kasih dari seorang ayah dari umur 6tahun (accident & oku) & kehilangan kasih & doa seorang ibu bermula dari umur 15tahun (pmr). He tries his best among the best to live his life, I knew that.

Datangnya anugerah indah dari Tuhan, Anim melengkapi dia aku sangat bahagia. Not everyone would understand us as family. Not everyone. After abang went hard in his life, he deserves better & he deserves the world.

Terima kasih hanya aku mampu ucap buat anim sekeluarga. aku berharap & berdoa agar mahligai mereka hingga syurga. Selamat bercinta forever, abang & anim.


Aku selitkan kenangan buat tatapan semua.











Lover, zatyliyaa


No comments:

Post a Comment